Sewaktu bekerja semalam, saya dikehendaki membuat penterjemahan bahasa melayu dengan seseorang pemohon. Tetapi saya mendapati yang saya tidak cekap untuk bertutur secara formal dalam bahasa melayu. Ia kerana, setelah selesai, kawan sepekerjaan saya telah memberi komen iaitu, "Dek! Apasal Melayu kau berterabur?" Alamak! Kena spot lahhh! Sheesh!
Jangan salah anggap. Bukan saya tidak biasa berbual Melayu. Malah, bila saya bersama teman-teman, kami semua ada jugak bertutur dalam bahasa ibunda kita. Seperti yang saya katakan, untuk berbual secara formal, itu yang saya ada sedikit masalah dan saya jangkakan yang masalah ini akan berleret-leret jika saya tidak buat apa-apa tentang ia.
Saya rasa masalahnya disebabkan kerana kita selalu sangat mencampur adukkan bahasa Melayu dengan Inggeris dalam perbualan seharian kita. Kerana kebiasaan, apabila kita dikehendaki berbual dalam bahasa melayu sahaja, dengan tidak menyedarinya, kita cuba memasukkan tata bahasa dan unsur-unsur Inggeris dalam percakapan kita. Saya rasa itu yang membuat saya mendapat komen bahawa Melayu saya berterabur. Tidaklah sampai lidah terbelit atau pelat, cuma tidak fasih. Itu yang saya risaukan kerana ada seketika dahulu saya ialah salah seorang murid yang cemerlang dalam bahasa Melayu.
Dalam pada itu, saya rasa ada baiknya jika saya mencuba, dengan sedaya upaya saya, untuk kembalikan kefasihan saya supaya saya, setidak-tidaknya , boleh berbual secara normal bila dikehendaki berbual formal dan tidaklah hingga kedengaran berterabur atau kekok..
.:: Da Unpredictable Me ::.
namE :: raDiah
gendeR :: femAle
doB :: 29th May
horoscopE :: II ~ GeMiNi, The Twins
locatioN :: Eastern S'pore
~Life for me is unpredictable. But its the very unexpectancies that makes it all exciting, interesting and definitely beautiful~
*new list of things* To take my mom to Melbourne Bebe rhinestone tee Canon digital camera Silver charm bracelet A good bag Nice pair of heels Sunglasses Anna Sui pressed powder Escada Sunset Heat perfume
New pair of jeans
Blue Orchids